“Eh, awak belajar linguistik ya? Sama seperti sastera?” Itulah antara soalan yang paling kerap saya terima sejak saya menyambung pengajian dalam bidang ini. Mungkin sebab bunyinya agak mirip. Tapi sebenarnya, linguistik bukan sastera. Kami tak analisis puisi atau cerpen. Kami tak bincang tema dan persoalan. Linguistik adalah ilmu tentang bahasa, tetapi ia dikaji secara saintifik…