
Penafian / Makluman Penerbitan:
Buku Grab Me-Lah! telah diterbitkan sebanyak dua kali oleh dua penerbit yang berbeza. Edisi pertama diterbitkan pada tahun 2019 oleh SO Publishing, manakala edisi terbaharu diterbitkan semula pada tahun 2025 oleh MiMind. Kandungan buku telah dikemas kini dan disunting semula dalam edisi terkini.
Makluman ini disampaikan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan versi atau tahun penerbitan buku ini.
Pembelian E-book Grab Me-Lah! klik di E-book Grab Me-Lah!

Tanpa disangka-sangka, karya ini diangkat semula pada tahun 2024 setelah pihak Grab menemu bual saya selaku penulis buku ini dan menjadikan saya sebagai salah seorang ikon Sis Boleh.
Selesai sahaja penggambaran untuk video yang pertama, saya dijemput lagi beberapa siri temu bual bersama-sama dengan pempengaruh, wartawan majalah dan juga pelajar universiti untuk projek mereka. Ini menaikkan semangat saya untuk mengeluarkan Ebook Grab Me-Lah! edisi Kemas Kini pada tahun 2025 dengan menambah sedikit bonus di dalamnya.
Berikut merupakan antara ulasan-ulasan pembaca buku Grab Me-Lah! cetakan pertama pada tahun 2019 yang diterbitkan oleh S O Publishing. Namun buku bercetak ini telah habis terjual dan tiada cetakan baharu untuk fizikal buat masa ini.











Insya-Allah, ulasan para pembaca akan ditambah dari semasa ke semasa. Sokongan dari pembaca amat saya hargai. Terima kasih.
Pembelian E-book Grab Me-Lah! boleh klik di E-book Grab Me-Lah!