Pengurusan Harta: Satu Keperluan, Bukan Pilihan
Sejak pandemik Covid-19 melanda, terlalu banyak kisah duka yang kita dengar dan saksikan.
Semuanya berlaku secara tiba-tiba —
Kematian.
Kehilangan pekerjaan.
Kehilangan upaya.
Alhamdulillah, saya melihat semakin ramai yang mula sedar tentang pentingnya mengumpul harta dan merancang kewangan. Namun, dari sudut perancangan perwarisan harta, masih ramai yang belum bersedia.
Ada harta pusaka yang tertangguh urusannya sehingga berlaku kematian berlapis. Waris semakin bertambah dan proses menjadi semakin rumit.
Ada pula manfaat atau pampasan diberi kepada penama, namun penama menghilang selepas menerima wang — mengabaikan tanggungjawab terhadap waris lain.
Saya sendiri pernah tertanya-tanya:
“Di mana saya boleh belajar ilmu Perancangan Perwarisan Harta dan Pusaka dengan cara yang betul dan sah?”
Lebih menyentuh hati, saya turut diamanahkan oleh keluarga untuk menguruskan pusaka arwah atok dan arwah nenek (tanpa berwasiat) yang tertangguh sekian lama, disebabkan keterbatasan ilmu, masa dan tenaga.
Akhirnya, Allah lorongkan jalan.
Saya menimba ilmu di AlKahfi Consultant dan kini bergelar Competent Bussiness Legacy Planner di bawah Amanah Warisan Berhad (AWARIS).
Apa yang boleh saya bantu?
Sebagai Perancang Harta (Legacy Planner), saya berperanan membantu individu dan keluarga menyusun dokumen serta pelan perwarisan secara sistematik dan sah di sisi undang-undang dan syarak.
Antara perkhidmatan yang saya uruskan:
✅ Wasiat (Muslim) / Will (Non-Muslim)
✅ Deklarasi Hibah Tunai (Muslim) / Declaration of Inter Vivos – Cash/Movable Assets (Non-Muslim)
✅ Deklarasi Hibah Hartanah (Muslim) / Declaration of Inter Vivos – Immovable Assets (Non-Muslim)
✅ Surat Ikatan Amanah (Trust Deed)
✅ Pentadbiran Pusaka (Estate Administration)
✅ Pentadbiran Harta Hibah
✅ Solusi Amanah Usahawan
Jika anda sedang mencari jalan untuk menyusun dan melindungi harta anda dengan tenang — demi keluarga dan generasi akan datang — saya sedia membantu anda.
Kerana perancangan perwarisan harta bukan sekadar untuk yang berharta, tetapi untuk yang bertanggungjawab.