nurdillazaini.my

Cerita Bermakna, Ilmu Bermanfaat, Warisan Berharga

Menu
  • Profil
  • Perkhidmatan
    • Penulisan
    • Tutor
    • Suntingan
    • Konsultasi Perancangan Perwarisan Harta dan Perniagaan
  • Perwarisan Harta
    • Pakej Wasiat
    • Pakej Hibah
      • Hibah Hartanah
      • Hibah Tunai
    • Amanah & Legasi
      • Amanah Perniagaan
      • Jenama
  • Kedai
    • Buku
    • E-book
      • Grab Me-Lah!
    • Produk
    • Think Quran
  • Iklan
  • Testimoni & Ulasan
    • Pembaca Buku
      • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
    • Pelajar Kelas
  • Blog
    • Catatan Dell
      • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
      • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
    • Dari Meja Cikgu Dell
      • Linguistik Itu Sains Bahasa, Bukan Sastera
    • Tulisan dan Terbitan
      • Pengedit, Bukan Pengubah Identiti
      • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
      • Panduan Kadar Bayaran Penulis Upahan (Ghostwriter) di Malaysia
      • Penulis di Sebalik Tabir: Siapa Itu Penulis Upahan (Ghostwriter)?
      • Evolusi Penulisan: Kenapa Ia Perlu Terus Bereksperimen?
      • Penjenamaan – Kenapa Penulis Perlu Aktif di Media Sosial?
    • Warisan & Wasiat
      • Pemergian Tanpa Bukti, Hak Anak Dipandang Sepi
      • Dokumen Penting yang Harus Disimpan Dalam Satu Fail Khas
      • Khairat Kematian: Jangan Diabaikan, Boleh Membantu Waris dan Diri Kita Sendiri
      • “Pintu Rumah Tertutup: Ikhtibar dari Kes Pusaka Arwah Abam Bocey”
      • “Arwah Ayah Ada Empat Isteri: Apabila Waris Ramai, Apa Yang Patut Kita Buat?”
      • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya
  • Hubungi Kami
Menu

“Arwah Ayah Ada Empat Isteri: Apabila Waris Ramai, Apa Yang Patut Kita Buat?”

Posted on 28/02/202228/06/2025 by nurdilla zaini

Beberapa hari lepas, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang terdengar sangat resah dan buntu.

“Maaf ganggu Cik Dell petang-petang begini. Kawan Cik Dell, Ms. A, minta saya hubungi berkaitan masalah pusaka. Katanya Cik Dell boleh bantu… sebab kes saya sangat rumit.”

Saya senyum kecil. Dalam dunia pusaka, hampir semua kes memang ada ‘kisahnya’ tersendiri.

“Oh ya. Tadi Ms. A ada maklumkan. Insya-Allah, saya sedia bantu. Boleh cerita dari awal?”

Cerita pun bermula…

Ayahnya baru sahaja meninggal dunia. Tinggalkan empat balu – dua warganegara, dua lagi bukan. Dan lebih mencabar, dua daripada perkahwinan itu tidak berdaftar secara sah di Malaysia. Anak pula seramai lapan orang — berlainan ibu, berlainan latar belakang.

Buat masa ini, dia sebagai anak lelaki daripada isteri pertama diberi tanggungjawab memegang amanah untuk mengurus harta peninggalan arwah.

“Arwah ada buat wasiat ke sebelum meninggal dunia?”

“Itulah masalahnya. Arwah hanya sebut-sebut saja masa hidup — yang ini bagi kat si polan, yang itu bagi kat anak tu. Tapi semuanya cakap mulut. Tiada hitam putih.”


Langkah Pertama: Susun dan Saring

Saya minta dia lukiskan dulu salasilah keluarga (family tree) dengan lengkap — siapa ibu, siapa anak, siapa pasangan berdaftar, siapa tidak. Ini penting untuk kenal pasti siapa waris yang sah mengikut hukum dan undang-undang.

Kemudian saya minta dia kumpulkan semua dokumen berkaitan harta: geran, sijil kematian, sijil nikah, surat beranak, dokumen pengenalan, dan lain-lain. Mana yang lengkap — simpan rapi. Mana yang tak lengkap — asingkan dan kepilkan dengan nota.

Saya turut beri skrip yang boleh digunakan jika ahli keluarga mula mendesak atau bertanya-tanya:

“Buat masa ini, saya sedang bantu uruskan dokumen asas dahulu supaya semuanya berjalan ikut saluran yang betul. Seterusnya kita akan berbincang bersama apabila semuanya telah betul-betul jelas.”


Langkah Seterusnya: Bersedia untuk Fasa Kedua

Apabila semua dokumen asas sudah lengkap, barulah boleh berjumpa dan bincang secara terperinci. Proses ini tidak akan selesai dalam sehari dua. Ia akan ambil masa, dan setiap simpulan perlu dibuka satu demi satu, dengan sabar dan tertib.


Penutup: Apabila Arwah Tak Tinggalkan Wasiat…

Apabila tiada wasiat, tiada hibah, dan perkahwinan pula ada yang tidak sah dari sudut perundangan tempatan — maka urusan pusaka akan jadi lebih mencabar. Namun bukan bermakna tiada jalan keluar.

Inilah sebabnya kita yang masih hidup perlu belajar dan buat tindakan sekarang.

✔️ Tulis wasiat.
✔️ Rancang hibah.
✔️ Lantik pentadbir.
✔️ Pastikan dokumen keluarga lengkap dan teratur.

Doakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan, dan semoga kita sendiri dapat membuat persiapan lebih awal agar waris tidak terbeban nanti.

Jika anda sendiri perlukan panduan — boleh saja hubungi saya, Kak Dell.
Kita bincang secara santai, tapi insya-Allah penuh makna untuk legasi yang tenang.

Nurdilla Zaini @ Kak Dell
Will and Legacy Strategist
Bisnes Legacy Planner | AWARIS

Category: Warisan & Wasiat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📘 Grab Me-Lah! – Anekdot kisah Dell bersama penumpang Grab. Lucu, pedih, penuh makna. Baca Sekarang

Recent Posts

  • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
  • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
  • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
  • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
  • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • June 2025
  • May 2025
  • October 2024
  • February 2024
  • March 2023
  • February 2023
  • December 2022
  • February 2022
  • July 2020
  • September 2019
  • September 2018
  • August 2018
  • March 2017

Categories

  • Catatan Dell
  • Dari Meja Cikgu Dell
  • Tulisan & Terbitan
  • Ulasan Buku
  • Warisan & Wasiat
© 2025 nurdillazaini.my | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme