“Saya hendak buat wasiat, tetapi tidak mahu keluarga tahu.”
Saya tersenyum setiap kali mendengar ayat ini. Ia bukan sesuatu yang asing bagi saya sebagai seorang Perunding Perwarisan Harta. Ramai prospek datang dengan niat yang sama — mahu merancang wasiat secara rahsia.
Lantas, saya akan bertanya dengan lembut:
“Boleh saya tahu kenapa encik atau puan tidak mahu ahli keluarga tahu tentang wasiat ini?”
Jawapannya hampir serupa:
Ramai tidak mahu keluarga, khususnya anak-anak, tahu jumlah sebenar harta yang dimiliki. Ada yang bimbang anak-anak menjadi terlalu bergantung, lalu hilang semangat untuk berdikari. Ada juga kes melibatkan masalah rumah tangga — suami atau isteri memilih untuk menyimpan maklumat harta secara peribadi atas sebab tertentu.
Saya tidak pernah menghukum.
Setiap orang ada kisah dan cabaran yang tersendiri. Bagi saya, sikap berterus terang sangat dihargai. Ia memudahkan saya membantu mereka menyusun pelan perwarisan secara sistematik dan tenang.
Bagaimana prosesnya?
Jika anda mendaftar wasiat melalui saya, anda akan menerima kad pewasiat khas. Kami menyarankan kad ini disimpan di belakang Kad Pengenalan Diri.
Kenapa?
Apabila berlaku kematian, waris biasanya akan mengambil kad pengenalan si mati untuk mendapatkan Sijil Kematian. Maka, dengan meletakkan kad khas ini bersama IC, waris akan tahu bahawa pewasiat telah mendaftar wasiat melalui sistem kami.
Proses pendaftaran sangat mudah — semuanya secara online.
Pewasiat akan menerima username dan kata laluan melalui e-mel dan SMS. Setelah proses pengesahan dan kelulusan selesai, pewasiat boleh:
✅ Lengkapkan Wasiat Komprehensif secara online
✅ Tambah atau kemas kini dokumen harta bila-bila masa
✅ Buat perubahan secara peribadi dan rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa
Jika anda sedang mencari solusi perwarisan yang tersusun, selamat dan fleksibel, saya di sini untuk membantu.
📞 Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau pendaftaran awal.
“Daftar Wasiat, Manfaatkan Hibah.”
Nurdilla Zaini @ Kak Dell
Will and Legacy Strategist
Bisnes Legacy Planner | AWARIS