nurdillazaini.my

Cer Me-Lah! – Refleksi Diri

Menu
  • Profil
  • Perkhidmatan
    • Penulisan
    • Tutor
    • Suntingan
    • Konsultasi Perancangan Perwarisan Harta dan Perniagaan
      • Perwarisan Harta
        • Pakej Wasiat
        • Pakej Hibah
          • Hibah Hartanah
          • Hibah Tunai
        • Amanah & Legasi
          • Amanah Perniagaan
          • Jenama
  • Kedai
    • Buku
    • E-book
      • Grab Me-Lah!
    • Produk
    • Think Quran
  • Iklan
  • Testimoni & Ulasan
    • Pembaca Buku
      • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
    • Pelajar Kelas
  • Cer Me-Lah!
    • Catatan Dell
      • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
      • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
    • Dari Meja Cikgu Dell
      • Linguistik Itu Sains Bahasa, Bukan Sastera
    • Tulisan dan Terbitan
      • Pengedit, Bukan Pengubah Identiti
      • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
      • Panduan Kadar Bayaran Penulis Upahan (Ghostwriter) di Malaysia
      • Penulis di Sebalik Tabir: Siapa Itu Penulis Upahan (Ghostwriter)?
      • Evolusi Penulisan: Kenapa Ia Perlu Terus Bereksperimen?
      • Penjenamaan – Kenapa Penulis Perlu Aktif di Media Sosial?
      • Manuskrip Dah Siap? Jangan Terus Terbit!
    • Warisan & Wasiat
      • Pemergian Tanpa Bukti, Hak Anak Dipandang Sepi
      • Dokumen Penting yang Harus Disimpan Dalam Satu Fail Khas
      • Khairat Kematian: Jangan Diabaikan, Boleh Membantu Waris dan Diri Kita Sendiri
      • “Pintu Rumah Tertutup: Ikhtibar dari Kes Pusaka Arwah Abam Bocey”
      • “Arwah Ayah Ada Empat Isteri: Apabila Waris Ramai, Apa Yang Patut Kita Buat?”
      • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya
  • Hubungi Kami
Menu

Manuskrip Dah Siap? Jangan Terus Terbit!

Posted on 07/08/202507/08/2025 by nurdilla zaini

Ramai penulis berasa lega apabila manuskrip sudah siap ditulis. Hati meronta-ronta hendak terus hantar ke penerbit atau cetak sendiri. Tapi… tunggu dulu! Ada satu langkah penting yang jangan sesekali dilangkau—iaitu hantar manuskrip anda kepada Proofreader dan Editor Bahasa terlebih dahulu!

Kenapa penting sangat?

Ini kerana, mata dan otak kita sudah “terlalu biasa” dengan kandungan manuskrip yang kita sendiri tulis. Kita mungkin tidak perasan ada kesalahan kecil atau ayat yang berbelit. Di sinilah peranan proofreader dan editor bahasa datang untuk membantu.


Apa Itu Proofreader & Editor Bahasa?

Proofreader – Penyemak Pruf

Dalam Bahasa Melayu, proofreader dikenali sebagai Penyemak Pruf.

Tugas proofreader adalah:

  • Betulkan kesalahan ejaan, tanda baca, dan format.
  • Semak jika ada perkataan tertinggal, ulang-ulang, atau ayat tergantung.
  • Pastikan manuskrip nampak kemas dan bersih sebelum diterbitkan.

Proofreader biasanya buat semakan akhir (final check) sebelum manuskrip dihantar cetak. Mereka tak ubah gaya atau susunan ayat secara besar-besaran, tetapi mereka akan pastikan semuanya teratur, rapi, dan mudah dibaca.

Editor Bahasa

Editor bahasa pula buat kerja yang lebih mendalam. Mereka:

  • Semak struktur ayat supaya lebih lancar dan mudah difahami.
  • Susun semula ayat atau perenggan jika perlu.
  • Betulkan gaya bahasa agar sesuai dengan sasaran pembaca.
  • Tegur jika ada idea yang berulang-ulang atau kurang jelas.

Editor juga akan bantu naikkan kualiti penulisan supaya lebih menarik dan profesional. Kadang-kala, mereka juga akan beri cadangan isi tambahan atau ubah tajuk bab agar lebih kuat impaknya.


Perlu Ikut Bidang Manuskrip ke?

Ya, sangat perlu.

Tak semua manuskrip boleh disemak oleh proofreader atau editor yang sama. Sebaiknya, cari proofreader dan editor yang faham bidang penulisan anda.

Contohnya:

  • Manuskrip ilmiah atau akademik: kena cari penyemak yang biasa dengan istilah sains, teknologi, undang-undang dan seumpamanya.
  • Manuskrip cerpen, novel atau puisi: sesuai dengan editor yang tahu gaya penulisan kreatif dan sastera.
  • Manuskrip motivasi atau pembangunan diri: lebih baik disemak oleh orang yang biasa dengan gaya penulisan yang mesra dan menyentuh emosi.

Jika diberikan kepada mereka yang tidak faham dalam bidang tu, ditakuti nanti mereka tersilap ubah maksud, atau tidak perasan kesalahan fakta. Jadi, jangan segan bertanya:

“Tuan/Puan biasa semak manuskrip jenis ini?”


Kenapa Perlu Hantar ke Proofreader & Editor Bahasa?

Berikut beberapa sebab kenapa proses ini sangat penting:

1. Elak Malu di Kemudian Hari

Jika buku penuh dengan kesalahan, pembaca akan perasan dan mungkin mereka akan beri ulasan yang negatif dan tidak seronok dibaca. Rugi reputasi!

2. Tingkatkan Kualiti dan Kredibiliti

Buku yang diedit dengan baik nampak lebih profesional dan berkualiti.

3. Sampaikan Mesej dengan Lebih Jelas

Kadang-kala, niat kita bagus. Tetapi ayat kita bersimpul. Editor akan bantu luruskan.

4. Jimat Masa & Kos pada Masa Hadapan

Baiki awal-awal lebih mudah daripada baiki selepas cetak. Percayalah!


Kesimpulan: Menulis Itu Seni, Menyemak Itu Tanggungjawab

Berjaya menulis sesebuah manuskrip itu merupakan satu pencapaian yang hebat. Tetapi jangan berhenti takat itu. Hantar kepada proofreader dan editor bahasa sebelum diterbitkan.

Jangan jadikan buku kita itu sekadar “siap”, tetapi dilihat berkualiti dan mampu memberi manfaat sebenar kepada pembaca.

Jika anda sedang mencari proofreader atau editor bahasa untuk semak manuskrip — sama ada buku motivasi, novel, memoir, atau tulisan akademik — saya sedia bantu. Klik hubungi saya untuk pertanyaan lanjut atau hantarkan manuskrip anda untuk semakan awal.


Teruskan menulis dan teruskan memperjuangkan ilmu melalui pena. Tetapi ingat, jangan lupa semak dulu sebelum cetak!

Category: Tulisan & Terbitan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📘 Grab Me-Lah! – Anekdot kisah Dell bersama penumpang Grab. Lucu, pedih, penuh makna. Baca Sekarang

Recent Posts

  • Manuskrip Dah Siap? Jangan Terus Terbit!
  • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
  • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
  • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
  • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • August 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • October 2024
  • February 2024
  • March 2023
  • February 2023
  • December 2022
  • February 2022
  • July 2020
  • September 2019
  • September 2018
  • August 2018
  • March 2017

Categories

  • Catatan Dell
  • Dari Meja Cikgu Dell
  • Tulisan & Terbitan
  • Ulasan Buku
  • Warisan & Wasiat
© 2025 nurdillazaini.my | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme