nurdillazaini.my

Cerita Bermakna, Ilmu Bermanfaat, Warisan Berharga

Menu
  • Profil
  • Perkhidmatan
    • Penulisan
    • Tutor
    • Suntingan
    • Konsultasi Perancangan Perwarisan Harta dan Perniagaan
  • Perwarisan Harta
    • Pakej Wasiat
    • Pakej Hibah
      • Hibah Hartanah
      • Hibah Tunai
    • Amanah & Legasi
      • Amanah Perniagaan
      • Jenama
  • Kedai
    • Buku
    • E-book
      • Grab Me-Lah!
    • Produk
    • Think Quran
  • Iklan
  • Testimoni & Ulasan
    • Pembaca Buku
      • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
    • Pelajar Kelas
  • Blog
    • Catatan Dell
      • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
      • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
    • Dari Meja Cikgu Dell
      • Linguistik Itu Sains Bahasa, Bukan Sastera
    • Tulisan dan Terbitan
      • Pengedit, Bukan Pengubah Identiti
      • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
      • Panduan Kadar Bayaran Penulis Upahan (Ghostwriter) di Malaysia
      • Penulis di Sebalik Tabir: Siapa Itu Penulis Upahan (Ghostwriter)?
      • Evolusi Penulisan: Kenapa Ia Perlu Terus Bereksperimen?
      • Penjenamaan – Kenapa Penulis Perlu Aktif di Media Sosial?
    • Warisan & Wasiat
      • Pemergian Tanpa Bukti, Hak Anak Dipandang Sepi
      • Dokumen Penting yang Harus Disimpan Dalam Satu Fail Khas
      • Khairat Kematian: Jangan Diabaikan, Boleh Membantu Waris dan Diri Kita Sendiri
      • “Pintu Rumah Tertutup: Ikhtibar dari Kes Pusaka Arwah Abam Bocey”
      • “Arwah Ayah Ada Empat Isteri: Apabila Waris Ramai, Apa Yang Patut Kita Buat?”
      • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya
  • Hubungi Kami
Menu

Pengedit, Bukan Pengubah Identiti

Posted on 04/03/201726/05/2025 by nurdilla zaini

Teringat ketika saya diberi peluang menjadi pembantu kepada salah seorang Sasterawan Negara selama enam bulan, beberapa tahun yang lalu. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada beliau, terutamanya berkaitan dengan kerja-kerja penyuntingan manuskrip.

Dalam proses mengedit sesebuah manuskrip, memang sudah menjadi lumrah untuk kita membetulkan kesalahan ejaan, tanda baca, dan struktur ayat yang mengelirukan pembaca. Namun, satu perkara yang sangat saya ingat — jangan sesekali mengubah cara pengolahan atau gaya penulisan asal penulis.

Kita boleh betulkan kesalahan, tetapi perlu kekalkan gaya bahasa penulis tersebut — seolah-olah kita sedang “memakai baju” penulisnya. Kerana di situlah terletaknya identiti mereka.

Bayangkan, jika sesebuah karya dibalut dengan kulit buku berwarna hitam yang tebal, pembaca tegar masih boleh mengecam penulisnya hanya melalui gaya penulisan. Itulah kekuatan suara penulis yang tidak boleh diganggu gugat.

Contoh mudah, bayangkan jika karya Ramlee Awang Murshid atau Faisal Tehrani diolah semula mengikut gaya penulisan saya sendiri. Sudah tentu penulis dan peminat mereka akan kecewa, malah mungkin terasa seperti identiti karya itu sudah lenyap.

Satu lagi situasi — bayangkan editor A menyunting karya pertama sehingga ketiga seorang penulis dengan penuh hormat terhadap gaya asalnya. Namun apabila karya keempat dan kelima disunting oleh editor B yang mengubah gaya ikut cita rasanya, dan karya keenam serta ketujuh pula disunting oleh editor C yang juga mengikut caranya sendiri — apa akan jadi?

Kecelaruan identiti.

Setiap manusia dilahirkan dengan gaya linguistik yang tersendiri. Itulah yang menjadikan kita berbeza, dan itulah juga yang menarik minat pembaca atau pendengar untuk terus mengikuti karya atau bicara kita.

Saya akui, ilmu ini hadir hasil daripada satu pengalaman yang cukup menginsafkan. Ketika mula mengedit manuskrip Sasterawan Negara tersebut, saya terlalu patuh kepada hukum linguistik Bahasa Melayu tulen — maklumlah, saya lulusan dalam bidang linguistik, khususnya dalam bidang wacana. Manuskrip tersebut hampir berubah menjadi seolah-olah buku ilmiah rujukan universiti. Bunga bahasa yang indah pun saya “cantas”.

Sejak itu, saya mula belajar mengenali dan menghargai pelbagai gaya penulisan. Saya mengambil masa untuk memahami nuansa dan keindahan tersirat dalam karya-karya penulis lain sebagai panduan.

Ya, saya pernah diperli oleh rakan-rakan semasa zaman degree dahulu. Katanya, saya ni bercakap seperti buku teks BMT, tak boleh ke cakap macam manusia biasa?

Rasanya kini percakapan saya dah semakin okey… kot?

*BMT = Bahasa Melayu Tinggi

Category: Tulisan & Terbitan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📘 Grab Me-Lah! – Anekdot kisah Dell bersama penumpang Grab. Lucu, pedih, penuh makna. Baca Sekarang

Recent Posts

  • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
  • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
  • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
  • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
  • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • June 2025
  • May 2025
  • October 2024
  • February 2024
  • March 2023
  • February 2023
  • December 2022
  • February 2022
  • July 2020
  • September 2019
  • September 2018
  • August 2018
  • March 2017

Categories

  • Catatan Dell
  • Dari Meja Cikgu Dell
  • Tulisan & Terbitan
  • Ulasan Buku
  • Warisan & Wasiat
© 2025 nurdillazaini.my | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme