Ramai yang masih tertanya-tanya — siapakah itu penulis upahan?
Secara ringkasnya, penulis upahan atau dikenali sebagai Ghostwriter ialah individu yang menyediakan kandungan bertulis untuk orang lain secara profesional, sama ada dalam bentuk artikel, buku, ucapan, proposal, dan pelbagai lagi. Namun, nama penulis upahan tidak akan tercatat pada hasil kerja tersebut. Ia adalah kerja di sebalik tabir — tetapi bernilai tinggi!
Apa yang menarik, prospek atau pelanggan penulis upahan boleh datang dari pelbagai latar belakang, antaranya:
✔️ Ahli politik
✔️ Usahawan
✔️ Pegawai kerajaan
✔️ Selebriti
✔️ Guru dan pensyarah
✔️ Malah orang biasa yang mahu mendokumentasikan kisah hidup atau idea mereka!
Mereka mungkin tidak mempunya masa, pengalaman, atau kemahiran menulis, tetapi mereka mempunyai cerita dan nilai yang mahu dikongsi — dan dari sinilah perkhidmatan penulis upahan sangat diperlukan.
✍️ Jenis Khidmat yang Ditawarkan oleh Penulis Upahan
Berikut antara perkhidmatan utama yang boleh ditawarkan oleh seorang penulis upahan:
- Menulis artikel, ebook, rencana, status media sosial, kenyataan akhbar dan teks ucapan bagi pihak pelanggan.
- Menukar rakaman audio kepada teks bertulis.
- Menggabungkan isi dan idea daripada beberapa buku (contohnya 10 buku) untuk menghasilkan kandungan baru.
- Menterjemah buku ke dalam bahasa lain.
- Menjalankan kajian dan menulis buku dari awal 100% berdasarkan keperluan pelanggan.
- Menulis buku biografi tokoh pelbagai bidang (pendidikan, bisnes, politik dan lain-lain).
- Menyediakan buku atau dokumen rasmi untuk agensi kerajaan.
- Menulis SOP (Standard Operating Procedure) untuk organisasi atau syarikat.
- Menyediakan proposal atau profil syarikat untuk tujuan pelaburan, pitching atau pembentangan.
- Menulis pelbagai jenis surat dan dokumen rasmi mengikut keperluan pelanggan.
💡 Kenapa Perlu Tahu Tentang Penulis Upahan?
Industri penulisan upahan semakin berkembang di Malaysia. Ia bukan sahaja membuka peluang pendapatan tinggi untuk penulis, tetapi juga menjadi saluran penting untuk individu atau organisasi menyampaikan mesej mereka secara profesional.
Kalau anda seorang yang mahir menulis dan suka menzahirkan idea orang lain dalam bentuk tulisan — kerjaya ini mungkin sesuai untuk anda.