nurdillazaini.my

Cer Me-Lah! – Refleksi Diri

Menu
  • Profil
  • Cer Me-Lah!
    • Kak Dell
      • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
      • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
    • Cikgu Dell
      • Linguistik Itu Sains Bahasa, Bukan Sastera
    • Di Sebalik Manuskrip
      • Pengedit, Bukan Pengubah Identiti
      • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad
      • Panduan Kadar Bayaran Penulis Upahan (Ghostwriter) di Malaysia
      • Penulis di Sebalik Tabir: Siapa Itu Penulis Upahan (Ghostwriter)?
      • Evolusi Penulisan: Kenapa Ia Perlu Terus Bereksperimen?
      • Penjenamaan – Kenapa Penulis Perlu Aktif di Media Sosial?
      • Manuskrip Dah Siap? Jangan Terus Terbit!
    • Grab Me-Lah!
    • Warisan & Wasiat
      • Pemergian Tanpa Bukti, Hak Anak Dipandang Sepi
      • Dokumen Penting yang Harus Disimpan Dalam Satu Fail Khas
      • Khairat Kematian: Jangan Diabaikan, Boleh Membantu Waris dan Diri Kita Sendiri
      • “Pintu Rumah Tertutup: Ikhtibar dari Kes Pusaka Arwah Abam Bocey”
      • “Arwah Ayah Ada Empat Isteri: Apabila Waris Ramai, Apa Yang Patut Kita Buat?”
      • Boleh Ke Buat Wasiat Diam-Diam? Ini Jawapannya
  • Iklan
  • Hubungi Kami
Menu

Realiti Tuntutan Pusaka: Siapa Sanggup Jadi Penjamin Anda?

Posted on 10/02/202428/06/2025 by nurdilla zaini

“Alah, mestilah isteri dan anak saya tahu macam mana nak uruskan harta saya nanti.”

Itu ayat yang sering saya dengar daripada prospek.
Saya hanya tersenyum. Dalam hati, saya tahu — ramai yang yakin begitu… sehinggalah sesuatu berlaku.


Kisah Si Arwah dan Waris Yang Keliru

Seorang lelaki pertengahan usia meninggal dunia secara mengejut. Isteri dan anak-anaknya masih dalam keadaan terkejut dan berduka, tetapi dalam masa yang sama perlu menyelesaikan urusan harta si arwah.

“Tak apa, kita ada sijil kematian. Boleh terus urus,” kata si anak sulung, penuh yakin.

Tapi keyakinan itu mula luntur apabila mereka diminta ke pelbagai pejabat — dari satu kaunter ke satu kaunter. Ada yang minta dokumen, ada yang minta senarai aset. Ada pula yang tanya tentang Surat Kuasa Pentadbir.

“Surat apa tu?” tanya si balu, yang kini memegang tanggungjawab besar seorang diri.


Surat Kuasa Pentadbir: Tiada, Maka Terkunci

Tanpa Surat Kuasa Pentadbir, proses tuntutan harta tidak boleh diteruskan. Pihak berkuasa hanya akan melayan permohonan apabila semua waris bermuafakat untuk melantik seorang Pentadbir.

Maka bermulalah episod rundingan keluarga. Semuanya kelihatan mudah… sehinggalah muncul suara tidak bersetuju.

Ibu mentua masih hidup. Tapi hubungan dengan menantu kurang baik.
Tidak setuju dengan siapa yang dilantik.
Tidak mahu tandatangan.
Tidak hadir ke pejabat.
Tidak angkat telefon.

Akhirnya, proses tergantung.


Apabila Harta Bernilai RM2 Juta dan Ke Atas

Beberapa bulan kemudian, mereka cuba lagi.
Rupa-rupanya nilai harta pusaka mencecah RM2.5 juta kerana harta pusaka merupakan hartanah di kawasan bandar.

“Maaf puan, kes ini perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi,” kata pegawai.

Mereka sanggup tunggu. Tapi sekali lagi, muncul satu lagi masalah.

Mahkamah meminta dua orang Penjamin.
Penjamin mesti memiliki nilai harta yang sama dengan si mati sebagai bon jaminan. Dalam kes ini, setiap Penjamin mesti mempunyai harta bernilai RM2.5 juta ke atas.

Semua terdiam.

Siapa yang sanggup?
Siapa yang layak?

Kalau dapat sekalipun, Penjamin perlu bersedia menanggung risiko.
Andai Pentadbir tersilap langkah — duit disalah guna, penyelewengan berlaku — Penjamin bertanggungjawab membayar semula.


Harta Tinggal, Tapi Waris Terikat

Akhirnya, harta kekal terkunci.
Rumah tak boleh dijual.
Wang dalam akaun beku.
Anak-anak terpaksa tanggung beban kewangan.

Ini bukan kisah rekaan. Ini adalah realiti yang saya lihat sendiri dalam dunia pewarisan harta ini.


Rancang Hari Ini, Lega Esok Hari

Semua ini boleh dielakkan… jika ada perancangan awal.
Dengan menyediakan wasiat dan melantik syarikat amanah sebagai Pentadbir, banyak beban waris dapat diringankan:

✅ Tak perlu cari Penjamin
✅ Tak perlu runding dengan semua waris
✅ Proses lebih cepat dan tersusun
✅ Harta diagih ikut syarak dan hasrat pewasiat


Saya kongsikan kisah ini bukan untuk menakutkan, tetapi untuk mengingatkan.

“Tanpa wasiat, harta boleh jadi beban — bukan lagi nikmat untuk waris yang kita tinggalkan.”


Saya, Nurdilla Zaini @ Kak Dell
Will and Legacy Strategist
Business Legacy Planner | AWARIS
bersedia membantu anda membuat perancangan yang selamat, sah dan sistematik.

Berminat tahu lebih lanjut?
Hubungi saya hari ini. Kita rancang sama-sama, demi keluarga yang kita sayangi.

Category: Warisan & Wasiat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📘 Grab Me-Lah! – Anekdot kisah Dell bersama penumpang Grab. Lucu, pedih, penuh makna. Baca Sekarang

Recent Posts

  • Manuskrip Dah Siap? Jangan Terus Terbit!
  • Ekzema Ini Bukan Biasa-Biasa: Penyakit Orang Kaya?
  • Memilih Template Blogging untuk Laman Web nurdillazaini.my?
  • Ulasan Pembaca Buku Grab Me-Lah!
  • Nurdilla Zaini, Alice in Wonderland dan Jalan Menulis: Kupasan Zamri Mohamad

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • August 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • October 2024
  • February 2024
  • March 2023
  • February 2023
  • December 2022
  • February 2022
  • July 2020
  • September 2019
  • September 2018
  • August 2018
  • March 2017

Categories

  • Catatan Dell
  • Dari Meja Cikgu Dell
  • Tulisan & Terbitan
  • Ulasan Buku
  • Warisan & Wasiat
© 2026 nurdillazaini.my | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme